Perkongsian Pintar Data & Maklumat

Tuesday, August 26, 2008

4. KENALI BUDAYA MALAYSIA

PENGENALAN

Masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap kaum mempunyai warisan budaya tersendiri yang meliputi tarian, alatan muzik, bahasa dan dialek. Warisan budaya dan kesenian bangsa mencerminkan identiti sesuatu negara.


Sinopsis Asal Usul Tarian


  1. Tarian Gambus (Perak)

  2. Tarian Bharatanatyam (Kaum India)

  3. Tarian Canggung (Perlis)

  4. Tarian Baghra (Kaum Sikh)

  5. Tarian Kuda Kepang (Johor)

  6. Tarian Inang (Melaka)

  7. Tarian Sumazau (Sabah)

  8. Tarian Ngajat (Sarawak)

  9. Tarian Kipas (Kaum Cina)

  10. Tarian Singa (Kaum Cina)

  11. Tarian Balai (Terengganu)

  12. Tarian Wau Bulan (Kelantan)

Sila dapatkan gambar bagi alat-alat muzik tradisional yang disenaraikan berikut menggunakan internet di makmal komputer?



  1. Veena

  2. Erhu

  3. Rebab

  4. Simbal

  5. Gendang

  6. Sompoton

  7. Kompang

  8. Angklung

  9. Seruling

  10. Gambus

Bahasa rasmi bagi negara kita ialah Bahasa Malaysia. Bahasa utama masyarakat kita terdiri daripada bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Namun setiap bahasa tersebut juga mempunyai pecahan bahasa dialek mengikut kumpulan dan kawasan sesuatu kaum.


Dialek bagi masyarakat Melayu ialah dialek Kelantan, dialek kedah, dialek Terengganu, dialek Negeri Sembilan.


Dialek masyarakat Cina ilah Hokkien, Hakka dan Kantonis.


Dialek masyarakat India ialah Tamil, Malayalam dan Telegu.


Soalan KBKK


Nyatakan 3 kepentingan mengenali dan mengapresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya Malayisa?


Berikan 3 cara-cara mengekalkan warisan budaya Malayisa?


Abu : Kita dah lambek ni, copeklah sikit. Apakah dialek yang digunakan dalam perbualan Abu?


ADAP SOSIAL BUDAYA MALAYSIA


Mengandungi elemen adap berpakaian dan adap berziarah.



  1. Adap Berpakaian - Perlu bersesuaian dengan situasi, tempat dan upacara, pakaian juga perlu sopan, kemas & bersih.

  2. Adap Berziarah - memaklumkan kepada tuan rumah sebelum datang berziarah, memberikan salam sebelum masuk ke rumah/bilik, bersalam-salaman, membawa buah tangan, waktu berziarah yang sesuai, menjaga pertuturan dan tingkah laku.

Soalan KBKK


Apakah kepentingan mengamalkan adap berpakaian dan adap berziarah?


No comments: