Latihan Bernota Cikgu Sham77
Arahan: Sila lengkapkan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
KENALI SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN MALAYSIA
Kerajaan ialah sebuah institusi pemerintahan yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan ......................... sesebuah negara. Malaysia ialah negara persekutuan. Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi ............................. . Mengikut sistem demokrasi berparlimen.
Mengikut sistem demokrasi berparlimen, pemerintah dipilih oleh..................... semasa pilihan raya. Pentadbiran kerajaan Malaysia terbahagi kepada dua, iaitu kerajaan ................... dan kerajaan .......................... . Ketua Negara Malaysia ialah .......................................................................................... . Baginda mengetuai badan perundangan.
Parlimen ialah badan perundangan dan berperanan menggubal undang-undang. Kabinet ialah badan eksekutif dan berperanan merangka dan melaksanakan dasar-dasar demi kesejahteraan rakyat. .......................... ialah badan kehakiman dan berperanan menegakkan keadilan
KENALI DAN HORMAT PEMIMPIN NEGARA DAN TEMPATAN
Info Berkaitan Pemimpin Negara Kita
Peranan :
Ketua Negara Malaysia
- Pemerintahan Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan
- Menjalankan pemerintahan berpandukan undang-undang dan perlembagaan.
- Merupakan tonggak perpaduan dan kedaulata undang-undang.
- Ketua agama Islam di negeri baginda dan negeri-negeri tidak beraja seperti Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Perdana Menteri
- Ketua Kerajaan Malaysia.
- Dilantik oleh Yand di-Pertua Agong untuk mengetuai Kabinet atau Jemaah Menteri.
- Merancang dan menyelaraskan dasar-dasar kerajaan.
SEJARAH PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI 1957-2008
KBKK 5XVI
Sila isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
- Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (1957-1970) .Digelar " .....................................................". Berjaya mendapatkan kemerdekaan negara dan mencadangkan pembentukan Malaysia.
- Tun Abdul Razak Bin Hussein (1970-1976). Digelar sebagai "..............................................". Melaksanakan pembangunan negara melalui rancangan Dasar Ekonomi Baru.
- Tun Hussein Bin Onn (1976-1981). Digelar sebagai "......................................". Berjaya memupuk semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
- Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad (1981-2003). Digelar sebagai ".........................................". Pemimpin yang berfikiran jauh dan banyak membawa kejayaan, kemajuan, dan pemodenan kepada negara.
- Dato' Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi (2003-sekarang). Memperkenalkan konsep Islam ..............................
No comments:
Post a Comment