Perkongsian Pintar Data & Maklumat

Sunday, December 16, 2012

PENAJA BLOG UTAMA

PENAJA IKLAN BLOG INI DIBAWAKAN OLEH:

1

Finally, so much easier to share when AFK.

31.12.2012
2


Lisa Surihani Main Kayu Tiga di Istanbul?? Tak Percaya?

27/12/2012
3


Golden Age + Invention + Science = All in ONE!
1/1/2013
4


[Video] It's the little things that can turn into something big.

31/12/2012
5


Only 4 couples left for The Apartment Style Edition. Who will win the grand prize? #SDPTHEAPARTMENT...

20/12/2012
6

Apakah kenangan manis dengan kawan anda kat Sunway Lagoon?
27/12/2012
7
MISI: 'Brainstorm' untuk Komuniti Anda. RM100,000 Menanti!
14/12/2012
8

See if you have the talent and creativity to design an apartment as good as the pros. #StyleYourVeo
19/12/2012
 

Wednesday, July 25, 2012

Asas Perkhemahan

Nota Perkhemahan 1
Prepared:Cikgu Sham77   SKPP9(2) For Student 3 Arif 2012
Tunjang: Pendidikan Jasmani
Tajuk: 5. Rekreasi.

Tuesday, July 24, 2012

Program Cabaran Angkawasan 1 Malaysia


Cikgu Shamsul merupakan salah seorang peserta tunggal dari WP Putrajaya yang telah berjaya mara ke Pertandingan Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II. Seramai 28 orang peserta finalis PCA1M yang wewakili zon telah menjalani pelbagai ujian ketahanan fizikal, mental dan psikologi sepanjang program yang telah diolah semula hampir 25%  menyamai modul bagi pemilihan calon Angkawasan Negara sebenar. Calon berpeluang mendapat pelbagai pengalaman yang baru disamping mempelajari cabaran-cabaran dan bentuk-bentuk ujian bagi pemilihan calon angkasawan negara. Icon Angkasawan Negara Mejar Dr Faiz Khalid juga terlibat dalam PCA1M telah berjaya menyuntik semangat juang yang tinggi kepada semua peserta finalis PCA1M. Mejar Dr Faiz banyak berkongsi pengalaman sewaktu beliau menjalani latihan persediaan sebagai Angkasawan di Moscow, Rusia.

Sunday, July 1, 2012

NOTA KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5

Arahan: Murid kelas 5 Dedikasi dan Kelas 5 Elit membaca nota yang disediakan dan buat catatan ringkas isi penting di dalam buku nota Kajian Tempatan. Buku nota murid perlu dihantar kepada guru untuk semakan dan pengesahan telah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Catatan: tugasan minggu 24-25.

Pengenalan Sejarah Melaka

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.
Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.
Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.

PENENTANGAN TERHADAP PENJAJAH PADA ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
 
Sultan Mahmud Shah
1. Baginda merupakan sultan Melaka yang terakhir. Telah hilang tampuk kuasa akibat penjajahan Portugis.

2. Sultan Mahmud berusaha menguasai Melaka dan menentang Portugis. Melancarkan serangan sebanyak tiga kali dari tahun 1515-1519.

3. Masih gagal menguasai Melaka, walaupun dengan bantuan askar dari Muar.

4. Pertahanan Portugis di Melaka bertambah kukuh dengan kota A'Famosa.


Raja Haji

1. Berketurunan Bugis, digelar sebagai Yamtuan Muda dalam kerajaan Johor-Riau.

2. Menetang Belanda kerana mahu menghalang penjajahan Belanda di Riau

3. Terbunuh dalam satu pertempuran di Teluk Ketapang, Melaka.

Dato'Maharaja Lela

1. Salah seorang pembesar Perak.

2. Membunuh residen British iaitu J.W.W Birch di Pasir Salak kerana pertikaian mengenai cukai serta adat-adat Melayu pada tahun1875.

3. Beliau telah dihukum gantung oleh British.

Rentap

1. Ketua kaum Iban di Sungai Skrang, Sarawak.

2. Menentang James Brooke kerana Brooke cuba menghapuskan penempatan kaum iban.

3. beliau menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1853.

3. Terkorban akibat serangan James Brooke di Bukit Sadok pada 1863.

Mat Salleh

1. Pembesar Sulu di Sungai Sugut.

2. Menentang Syarikat Borneo Utara Britsih yang mengenakan cukai tinggi kepada penduduk tempatan serta melarang pembesar tempatan mengutip cukai.

3. pada 1900, Mat Salleh telah terkorban akibat serangan British .

Force 136

1. Sebuah pasukan gerila yang ditubuhkan semasa Perang Dunia ke Dua untuk menetang Jepun di Tanah Melayu.

2. Mendapat latihan dan bekalan senjata dari British. Kebanyakkan ahli terawal Force 136 ialah bekas anggota dan pegawai tentera British.

3. Mempunyai pusat operasi di Sri Lanka (dahulu Ceylon) dan India.

4. Bertujuan untuk menaikkan semangat penduduk Tanah Melayu untuk menentang kezaliman Jepun.

5. Mengumpulkan ahli-ahli dalam kalangan pemuda Melayu.

Monday, October 17, 2011

Laporan Kem Bakat 2011

Laporan Program Kem Bakat 2011

Aktiviti Yang Digugurkan 2011

Bil.

Aktiviti/Projek

1.





2.

”Majlis Seindah Petang Seharum Budi” merupakan sebuah projek bagi mengumpul dana kerjasama pihak sekolah dengan PIBG sekolah melalui aktiviti jualan meja Hi-tea di Putrajaya Equestarian Park, Presint 5, Putrajaya, pada 23 Okt 2011. Guru Besar telah berbincang dengan AJK PIBG dan memutuskan supaya program tersebut ditunda pada awal tahun hadapan kerana masa yang dicadangkan adalah kurang sesuai dan sekolah sibuk dengan pelbagai program rasmi sekolah pada penghujung bulan Oktober – November 2011.

Projek Inovasi Pembangunan Sistem Semakan Keputusan Peperiksaan di Atas Talian merupakan projek kerjasama PIBG dengan pihak sekolah telah mula dirancang pada awal tahun 2011. Namun projek terpaksan digugurkan kerana Pihak TM selaku pembekal kemudahan jalur lebar di sekolah tidak dapat menyediakan statik IP untuk membolehkan server data based maklumat keputusan peperiksaan yang ingin disediakan dapat diakses secara on-line.

Aktiviti dan Projek Yang Ditambah

Bil.

Ringkasan Aktiviti/Projek

(Senaraikan aktiviti/projek)

Petunjuk Prestasi (Kuantiti/Kualiti/Masa/Kos)

1

2


3


4

Mesyuarat Penyelarasan Portal MyGfL Kepada Penyelaras Portal bagi 26 Buah Sekolah Rintis Bil.1/2011.

Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Sekolah-Sekolah WP Putrajaya anjuran PPWPP 2011.


Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke Empat Program Angkasawan Negara (SUPAN 4) pada 2.30 PM- 5.30 PM, 10 Okt 2011.

Penyertaan Anugerah Inovasi Negara 2011, anjuran MOSTI

23-25 Ogos 2011, Ancasa Resort All Suites, Port Dickson. Semua kos dibiayai oleh BPK, KPM.

Projek dijalankan Mac-Okt 2011, Menjadi fasilitor terdiri 10 orang ahli kumpulan bagi menyiapkan projek bertajuk ”Menangani Masalah Penguasaan Tajwid Dalam Kalangan Murid”

Berjaya membawa 56 orang murid bagi turut menyertai majlis Pelancaran SUPAN 4 di Ruang Legar, Ibu Pejabat Agensi Angkasa Negara. Presint 4, Putrajaya.

Borang penyertaan bagi Anugerah Inovasi Negara 2011 telah dihantar pada 6 Sept 2011.Tajuk projek ”Cooling Tower Obest 009” merupakan produk finalis pertandingan rekacipta dan inovasi tahun 2010 peringkat zon tengah kategori sekolah rendah.