Perkongsian Pintar Data & Maklumat

Sunday, July 1, 2012

NOTA KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5

Arahan: Murid kelas 5 Dedikasi dan Kelas 5 Elit membaca nota yang disediakan dan buat catatan ringkas isi penting di dalam buku nota Kajian Tempatan. Buku nota murid perlu dihantar kepada guru untuk semakan dan pengesahan telah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Catatan: tugasan minggu 24-25.

Pengenalan Sejarah Melaka

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.
Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.
Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.

PENENTANGAN TERHADAP PENJAJAH PADA ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
 
Sultan Mahmud Shah
1. Baginda merupakan sultan Melaka yang terakhir. Telah hilang tampuk kuasa akibat penjajahan Portugis.

2. Sultan Mahmud berusaha menguasai Melaka dan menentang Portugis. Melancarkan serangan sebanyak tiga kali dari tahun 1515-1519.

3. Masih gagal menguasai Melaka, walaupun dengan bantuan askar dari Muar.

4. Pertahanan Portugis di Melaka bertambah kukuh dengan kota A'Famosa.


Raja Haji

1. Berketurunan Bugis, digelar sebagai Yamtuan Muda dalam kerajaan Johor-Riau.

2. Menetang Belanda kerana mahu menghalang penjajahan Belanda di Riau

3. Terbunuh dalam satu pertempuran di Teluk Ketapang, Melaka.

Dato'Maharaja Lela

1. Salah seorang pembesar Perak.

2. Membunuh residen British iaitu J.W.W Birch di Pasir Salak kerana pertikaian mengenai cukai serta adat-adat Melayu pada tahun1875.

3. Beliau telah dihukum gantung oleh British.

Rentap

1. Ketua kaum Iban di Sungai Skrang, Sarawak.

2. Menentang James Brooke kerana Brooke cuba menghapuskan penempatan kaum iban.

3. beliau menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1853.

3. Terkorban akibat serangan James Brooke di Bukit Sadok pada 1863.

Mat Salleh

1. Pembesar Sulu di Sungai Sugut.

2. Menentang Syarikat Borneo Utara Britsih yang mengenakan cukai tinggi kepada penduduk tempatan serta melarang pembesar tempatan mengutip cukai.

3. pada 1900, Mat Salleh telah terkorban akibat serangan British .

Force 136

1. Sebuah pasukan gerila yang ditubuhkan semasa Perang Dunia ke Dua untuk menetang Jepun di Tanah Melayu.

2. Mendapat latihan dan bekalan senjata dari British. Kebanyakkan ahli terawal Force 136 ialah bekas anggota dan pegawai tentera British.

3. Mempunyai pusat operasi di Sri Lanka (dahulu Ceylon) dan India.

4. Bertujuan untuk menaikkan semangat penduduk Tanah Melayu untuk menentang kezaliman Jepun.

5. Mengumpulkan ahli-ahli dalam kalangan pemuda Melayu.

No comments: