- Rumah Minangkabau di Negeri Sembilan mempunyai rekabentuk seperti tanduk kerbau. Menurut sejarah, orang Minagkabau telah datang dan menetap di Negeri Sembilan.
- Rekabentuk rumah di Cameron Highlands, Pahang sama seperti rekabentuk rumah di England. Menurut sejarah, orang British membina rumah tersebut semasa menjajah negara kita.
- Reka bentuk rumah Jawa di Indonesia mempunyai pengaruh reka bentuknya sama dengan rumah di Belanda. Ini kerana Indonesia pernah dijajah oleh belanda.
- Bentuk muka bumi turut mempengaruhi jenis rumah yang dibina.
- Tanah pamah sesuai bagi pembinaan rumah banglo dan kondominium.
- Rumah betrtiang tinggi seperti rumah air sesuai dibina di pinggir laut.
- Rumah orang Mesir mempunyai bumbung yang rata kerana ia bersesuaian dengan suasana gurun berpasir yang kurang hujan dan sering dilanda angin kencang.
- Orang Eskimo yang tinggal di kawasan Kutub Utara membina rumah menggunakan bongkah ais yang dipanggil rumah Iglu.
- Rumah tradisional biasanya mempunyai tiang yang tinggi bagi tujuan mengelakkan banjir dan ancaman binatang.
- Bumbung rumah berbentuk "v" terbalik memudahkan air hujan mengalir ke bawah dan mengurangkan rasa panas di dalam rumah.
- ddd
No comments:
Post a Comment