Perkongsian Pintar Data & Maklumat

Monday, October 17, 2011

Sasaran Kerja Tahunan 2011

Bil.

Ringkasan Aktiviti/Projek

(Senaraikan aktiviti/projek)

Petunjuk Prestasi (Kuantiti/Kualiti/Masa/Kos)

1.

2.

Guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan

1. Mengemaskini sukatan pelajaran & Kesihatan yang terkini

2. Menyediakan rancangan pengajaran tahunan, mingguan dan harian.

3. Blog rasmi khas bagi matapelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan telah diwujudkan bagi kegunaan dan rujukan murid dan guru. ”http://cikgusham77.blogspot.com”

4. Penerapan ilmu sains sukan peringkat asas dalam P&P guru.

5. Mengemaskini blog matapelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan setiap minggu.

6. Menyediakan rancangan pelajaran harian dalam buku rekod menngajar.

7. Memastikan stor sukan dalam keadaan kemas dan teratur sebelum dan selepas menggunakan peralatan.

8. Mencadangkan penambahan alat bantu mengajar kepada Ketua Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan.

9. Menyemak dan menjamin keselamatan murid semasa sesi pendidikan jasmani di padang sekolah.

10. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

11. Menyimpan rekod dan data kecergasan dan sahsiah murid untuk tujuan kajian dan penilaian prestasi murid.

12. Mengesan bakat dan minat sukan murid-murid untuk diketengahkan sebagai atlet pasukan sekolah.

13. Mempromosikan peluang-peluang yang ada di Putrajaya menerusi persatuan-persatuan sukan negeri dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi murid supaya berminat dan bergiat aktif dalam bidang sukan.

Penyelaras ICT

1) Memastikan kemudahan Infrastruktur teknologi maklumat (IT) yang diterima adalah betul dari segi kualiti dan kuantiti seperti yang terdapat dalam spesifikasi oleh pihak pembekal perkhidmatan ICT.

2) Menyelia tugasan dan kerja penyelenggaraan juruteknik komputer sekolah mengikut jadual.

3) Memastikan kesemua kemudahan Infrastruktur IT berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.

4) Menggunakan sistem di atas talian Support Ticketing System bagi laporan kerosakan ICT.

5) Menggunakan sistem di atas talian mengemaskini data instrumen Penarafan Sistem Pemantauan penggunaan ICT Sekolah (SPPICT).

6) Menyediakan garis panduan / peraturan / tatacara penggunaan kemudahan ICT.

7) Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) IT sekolah.

8) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran IT dengan cara belajar sendiri atau melalui kursus /seminar /bengkel dan sentiasa mengikuti perkembangan IT semasa secara on-line di internet.

9) Memberi kursus IT secara dalaman kepada masyarakat sekolah mengukut keperluan.

10) Membina dan menyelenggarakan maklumat terkini di laman web rasmi/ blog sekolah.

11) Menjadi penyelaras projek rintis LMS menerusi Portal MyGfl.

12) Menjadi Penyelaras Portal ThinkQuest sekolah.

13) Menerbitkan laporan dan blog bagi projek-projek khas di sekolah.

14) Berusaha meningkatkan budaya IT sekolah.

15) Memastikan aspek keselamatan peralatan ICT dan cegah kes hilang.

Jurulatih Pasukan Badminton

1) Menjalankan latihan mingguan bagi melatih murid-murid yang berminat dalam sukan badminton.

2) Menyiapkan pasukan badminton sekolah bagi pertandingan peringkat Putrajaya.

3) Merancang program pembangunan badminton sekolah.

4) Menjadi Ketua Guru Panasihat bagi kelab badminton.

5) Memastikan sistem fail diuruskan dengan baik.

6) Membuat laporan-laporan berkaitan badminton.

7) Mencari dana bagi menampung kos latihan badminton.

Guru Pemimpin Pengkap

1) Menjalankan sesi latihan pasukan pengakap kanak-kanak mengikut jadual bertugas.

2) Memberikan kerjasama dengan pemimpin pengakap lain bagi menjayakan aktiviti pengakap di sekolah.

3) Menghadiri perjumpaan mingguan pengakap mengikut takwim yang telah ditetapkan.

4) Melatih dan membimbing pasukan kawad kaki pasukan pengakap.

5) Membangunkan Modul Nota Pengakap dalam bentuk ICT untuk dijadikan bahan rujukan ahli pengakap kanak-kanak.

Guru Peralatan Siaraya Sekolah

1) Menguruskan persediaan peralatan siaraya sekolah pada setiap majlis/ program utama peringkat sekolah.

3) Menguruskan penyelenggaraan peralatan siaraya dengan baik.

4) Memastikan keselamatan peralatan siaraya semasa dan selepas digunakan.

(60% pemberatan/9 jam seminggu)

· Buku rekod mengajar guru dihantar pada setiap minggu untuk disemak pentadbir sekolah bertepatan dengan isi kandungan dan sukatan pelajaran yang terkini tersusun mengikut rancangan pengajaran tahunan, mingguan dan harian.

· 60% murid menggunakan portal pendidikan jasmani dan kesihatan rujukan sebagai bahan sokongan pembelajaran dan menyiapkan tugasan diluar waktu p&p menggunakan internet.

· 90% aktiviti pendidikan jasmani yang dirancang sangat diminati murid.

· Rekod statistik merekodkan jumlah pelawat melayari blog sebanyak 200 pelawat seminggu. Portal bukan sahaja dilayari oleh murid dari SKPP9(2), guru dan pelajar dari seluruh negara juga menunjukkan pertambahan pelawat pada setiap bulan.

· Peralatan ABM yang baru dapat meningkatkan keberkesanan P&P guru dan menarik minat murid.

· 90% murid telah menyiapkan tugasan dan kerja projek yang telah diberikan oleh guru.

· Penglibatan murid dalam setiap aktiviti adalah 90%.

· 9 orang murid berbakat dalam sukan badminton terlibat dengan program tunas cemerlang anjuran Perbadanan Putrajaya. 10 orang murid mengambil kelas badminton dengan jurulatih persendirian.

· Johan keseluruhan pasukan badminton sekolah dalam kejohanan badminton MSSWPP

(20% pemberatan)

· Semua penerimaan peralatan disemak secara teliti sebelum pengesahan penerimaan pembekalan peralatan ICTdibuat oleh Guru Besar.

· Pemantauan bulanan dijalankan bagi memastikan tugasan rutin bagi juruteknik telah malakukan kerja penyelenggaraan IT secara sistematik di sekolah.

· 100% kerosakan peralatan ICT direkodkan Support Ticketing System. http://sts.moe.edu.my/

· Mendapat 4 Star bagi Penarafan Sistem Pemantauan penggunaan ICT Sekolah menerusi portal http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/

· 2 jam setiap hari bermula jam 1.00-3.00 petang makmal komputer sekolah dibuka pada waktu selepas tamat persekolahan mendapat sambutan pelajar. Purata 30 orang pelajar menggunakan kemudahan komputer dan internet sekolah pada waktu petang.

· 90% kes aduan kerosakan peralatan ICT sekolah dari guru dan kakitangan untuk tindakan pembaikan dapat diselesaikan dalam tempoh kurang dari 3 hari bekerja.

· Pelancaran blog rasmi sekolah telah dijalankan pada bulan Sept 2011.

· 330 pengguna telah mendaftar akaun Portal ThingQuest. 30 % pengguna ststus aktif.

· 3 projek ThinkQuest telah disediakan untuk murid.

· 5 orang guru SKPP9(2) telah diberi latihan secara hand-on bagi menggunakan akaun guru Portal ThingQuest.

· Tiada kes kehilangan peralatan ICT di makmal komputer dan bilik-bilik khas.

(10 % pemberatan)

· Latihan dijalankan berkala 8 jam sebulan dijalankan.

· Rekod bagi sekolah berjaya menjadi Johan keseluruhan Kejohanan Badminton Sekolah-Sekolah Putrajaya buat kali pertama.

· 10 orang pemain terpilih bagi kejohanan badminton peringkat negeri. Pencapaian terbaik suku-akhir acara perseorangan bawah 10 tahun.

· Berjaya mengesan 10 orang murid bawah 10 tahun telah dikenal pasti berbakat dalam sukan badminton.

· Dana bagi menampung kos latihan diperolehi melalui sumbangan peserta.

(5% pemberatan)

· Menghadiri perjumpaan mingguan pengakap mengikut takwim yang telah ditetapkan.

· Melatih pasukan pengakap selama 1 jam pada setiap minggu.

· Pasukan Pengakap menjadi johan pertandingan kawad kaki sekolah.

· 16 orang ahli pengakap terpilih menjadi pasukan kawad kaki ke pertandingan peringkat sekolah-sekolah WP Putrajaya berjaya menjadi Johan.

· 1 Modul Nota Pengakap dalam bentuk ICT telah dibagunkan dan di terbitkan menerusi blog khas bagi unit pengakap.

(5% pemberatan)

· Semua masalah kerosakan alatan siaraya dapat diperbaiki.

· Tiada kes kehilangan perlalatan siaraya pada tahun 20011.

· Berjaya memperolehi sumbangan dengan peruntukan hampir RM 3000 PIBG bagi proses naik taraf peralatan siaraya sekolah.

No comments: