Perkongsian Pintar Data & Maklumat

Monday, October 6, 2008

Kuis KBKK Unit 8 Pendidikan Sivik Dan Kenegaraan

1. Sesuatu pakaian yang dipakai mestilah mengikut…..
A jenama C situasi
B standard D kualiti

2. Yang berikut adalah kepentingan mengamalkan adab berpakaian dan
adab berziarah,kecuali…
A mengekalkan warisan budaya masyarakat Malaysia.
B menghormati amalan budaya kaum lain
C penampilan diri sentiasa menarik
D mengeratkan hubungan silaturahim

3. Apakah adab-adab berziarah?
I menggunakan bahasa yang lembut dan bersopan
II membawa wang yang mencukupi untuk dibelanjakan
III membawa buah tangan untuk tuan rumah
IV tidak berziarah pada lewat malam
A I,II, dan III B I,II, dan IV
C I,III, dan IV D II,III, dan IV

4. Padankan situasi atau aktiviti dengan jenis pakaian yang bersesuaian?
A bersukan - baju kurung
B kenduri kahwin – sopan dan kemas
C kematian – seluar pendek dan baju tidak berlengan
D ketika mesyuarat – baju tidur

5. Mengapakah kita perlu berpakaian mengikut kesesuaian sesuatu
majlis atau aktiviti?
I supaya kita berasa selesa dan disenangi orang ketika menghadiri
sesuatu majlis
II supaya kita berasa bangga
III supaya orang tahu bahawa kita adalah orang yang gemar memakai
pakaian yang berjenama
IV supaya tidak menyinggung perasaan tuan rumah dan orang yang
menghadiri majlis itu
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

· Memberi salam sebelum masuk ke rumah
· Membuka kasut di luar rumah
· Tidak berziarah pada waktu senja(maghrib)
6. Adab berziarah dalam penyataan di atas adalah adab berziarah
bagi orang......
A India C Cina
B Melayu D Iban

7. Apakah yang akan berlaku sekiranya masyarakat Malaysia tidak mengamalkan adab berziarah?
A boleh menjejaskan hubungan persaudaraan atau persahabatan
B merosakkan pemikiran
C menjejaskan pengurusan masa
D boleh menyebabkan rusuhan kaum

8. Selain badan eksekutif dan badan kehakiman, badan lain yang turut membentuk kerajaan ialah....
A badan pemerintahan
B badan perundangan
C badan persekutuan
D badan berkanun

9. Badan eksekutif yang berperanan merangka dan melaksanakan dasar-dasar demi kesejahteraan rakyat ialah...
A kabinet C parlimen
B mahkamah D suruhanjaya pilihan raya

10. Badan bebas yang mengendalikan proses pilihan raya di Malaysia dipanggil
A suruhanjaya perkhidmatan awam
B suruhanjaya pendidikan
C suruhanjaya pilihan raya
D suruhanjaya kehakiman

11. Yang manakah antara yang berikut adalah proses proses pilihan raya?
I penamaan calon
II kempen pilihan raya
III menyusun peti-peti undi
IV pengumuman pemenang
A I,II,danIII B I,II,dan IV
C I,III,dan IV D II,III,dan IV

12. Yang manakah antara yang berikut adalah peranan kerajaan?
I menjamin kebahagiaan anggota keluarga
II menjaga keamanan dan keselamatan rakyat
III meningkatkan taraf hidup rakyat
IV menjaga kebajikan rakyat
A I,II, dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

13. Pilih padanan yang salah
A Badan Perundangan – menggubal undang-undang
B Badan Eksekutif – melaksanakan dasar-dasar untuk kesejahteraan rakyat
C Badan Kehakiman – memperjuangkan masalah kemiskinan
D Suruhanjaya Pilihan Raya – menjalankan urusan pengundian

14. Mengapakah kamu mesti melaksanakan amalan berterima kasih kepada kerajaan?
A kerana kerajaan telah memajukan negara
B kerana kerajaan telah menggubal banyak peraturan dan undang-undang
C Kerana kerajaan telah membina banyak rumah
D Kerana kerajaan telah mengambil kira kepentingan sesuatu kaum

15. Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan untuk rakyat.Bagaimana cara kamu menunjukkan amalan terima kasih kepada kerajaan?
A Berhemah tinggi dan bersopan santun dengan rakan .
B Tidak mengkhianati negara.
C Bertimbang rasa terhadap jiran tertangga.
D Menghormati amalan hidup rakan sekolah.

No comments: