Perkongsian Pintar Data & Maklumat

Wednesday, October 8, 2008

Ulangkaji Kajian Tempatan Tahun 5

Sila buat ulangkaji bagi setiap perkara-perkara penting berikut:
  1. Faktor yang mempengaruhi iklim dunia dari segi kedudukan, penerimaan tenaga suria, arus kelautan dan arah tiupan angin. (sila rujuk buku teks m/s 32-34)
  2. Nyatakan jenis hutan yang terdapat di negara kita? (sila rujuk buku teks m/s 36-38)
  3. Bagaimanakah bentuk muka bumi dan pengaruhnya terhadap pelbagai jenis tumbuhan semula jadi. (sila rujuk buku teks m/s 40-41)
  4. Apakah kepentingan pemeliharaan hutan daripada dimusnahkan oleh aktiviti pembalakan yang tidak terkawal oleh manusia? (sila rujuk buku teks m/s 43-45)
  5. Apakah jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar yang terdapat di kawasan zon iklim dunia? (sila rujuk buku teks m/s 46-47)
  6. Siapakah yang mengasaskan Melaka? (sila rujuk buku teks m/s 51)
  7. Bagaimanakah Melaka mendapat nama?(sila rujuk buku teks m/s 53)
  8. Apakah keistimewaaan Melaka? (sila rujuk buku teks m/s 54)
  9. Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka adalah berdasarkan Siatem Pembesar Empat Lipatan. Siapakah yang membantu Sultan dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka? (sila rujuk buku teks m/s 57)
  10. Saiapakah tokoh-tokoh pemimpin di zaman kegemilangan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?(sila rujuk buku teks m/s 58)
  11. Pedagang dari India yang datang berdagang ke Melaka membawa pulang rempah, kayu cendana, bunga cengkih, buah pala dan bijih timah.
  12. Apakah cara penyebaran Islam di Zaman Kesultanan Melayu Melaka? (sila rujuk buku teks m/s 62)
  13. Apakah itu Hukum Kanun Melaka?(sila rujuk buku teks m/s 65)
  14. Nyatakan cara Melaka meluaskan kuasanya?(sila rujuk buku teks m/s 68-69)
  15. Apakah kuasa-kuasa luar yang telah datang untuk menguasai Melaka?(sila rujuk buku teks m/s 70-71)
  16. Apakah Faktor-faktor kemerosotan Pemerintahan Kesultanan Melaka?(sila rujuk buku teks m/s 72-73)
  17. Apakah asal usul nama Sarawak? (sila rujuk buku teks m/s 76)
  18. Senaraikah kaum-kaum yang tinggal di Sarawak? (sila rujuk buku teks m/s 78)

No comments: