Perkongsian Pintar Data & Maklumat

Tuesday, November 10, 2009

Home page SKPP9(2)

NOTIS PEMBERITAHUAN / MEMO:

  1. Hari Anugerah Kecemerlangan SKPP9(2) 2009 akan diadakan pada 11 November 2009. Majlis akan bermula pada jam 8.00 pagi. Semua AJK PIBG & Ibu bapa yang anaknya adalah penerima anugerah dijemput hadir.

  2. Majilis Jamuan Perdana PIBG bersama YAB Tan Sri Muhyidin Bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Menteri Pelajaran Malaysia akan dijalankan pada 20 Februari 2009. Kepada mana-mana pihak yang berminat untuk turut sama menyertai Majlis Jamuan Perdana tersebut bolehlah membuat pendaftaran terlebih dahulu dengan menghubungi pihak urusetia di talian 012-8344444, En Abdullah Fakeh Bin Kusni,YDP PIBG SK Putrajaya Presint 9(2).

  3. Notis Pemberitahuan Mesyuarat AJK PIBG Kali ke-8 akan dijalankan pada 14.12.2009, jam 8.30 malam di Bilik Mesyuarat SKPP9(2), Aras 1.

  4. Tahniah buat 3 pasukan dari SKPP9(2) daripada 5 pasukan terpilih Pertandingan OpenOffice.org.Impress peringkat akhir sempena dengan Persidangan Kerajaan Malaysia Mengenai Perisian Terbuka 2009 (MyGOSSCON 2009) di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 4-6 November 2009. 9 orang dari murid daripada SKPP9(2) telah diberikan pengiktirafan dalam Majlis Perasmian Persidangan Kerajaan Malaysia Mengenai Perisian Sumber Terbuka 2009 telah menerima sijil penghargaan sebagai peserta peringkat akhir. Pasukan ICT dari SKPP9(2) yang terdiri daripada Rasyidah Hanan, Mirza Syamimi, dan Nurul' Ain Natasha telah memenangi tempat ke dua pertandingan Pertandingan OpenOffice.org.Impress kategori sekolah rendah telah menyiapkan projek menggunakan OpenOffice.Org.Impress bertajuk Perpaduan Teras Kejayaan telah menerima hadiah voucher pembelian buku MPH sebanyak RM 300, sijil, dan Medal. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Y.B. Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Kon.

  5. Latihan berasaskan sekolah LDAP kursus asas kejurulatihan badminton slot 2 Asas Kepengadilan dan Undang-undang Badminton akan dijalankan pada 28 Julai 2009 (Selasa, Masa: 3.00 - 5.00 petang), Penceramah jemputan adalah Mr. Segar - Pengerusi Teknik Pembagunan Sukan Negeri Sembilan, Pengadil BWFdan juga merupakan seorang Kaunselor.

  6. Sepanjang bulan Pasca PKSR 2009 pihak sekolah telah menyusun jadual pengisian aktiviti murid bagi menangani masalah disiplin dan gejala ponteng sekolah. Pelbagai program khas telah dijalankan dan akan diteruskan sehingga sesi persekolahan berakhir pada 20 November 2009.

  7. Notis peringatan supaya semua AJK Portal Interktif SKPP9(2) mengemaskini maklumat lamam web masing-masing. Masih terdapat unit-unit yang tidak mengisi sebarang maklumat dalam portal sejak dari tahun lepas. Sekiranya ada masalah sila serahkan softcopy maklumat supaya ITC dapat membantu memasukkan maklumat tersebut.

  8. Sesi Pemilihan Pemain Badminton Berbakat dari kalangan murid tahun 4 dan 5 akan dijalankan pada 11 November 2009, jam 3.00 petang di Dewan Sebaguna SKPP9(2). Murid yang tersenarai pendek akan diserap masuk ke program pembangunan sukan Badminton SKPP9(2) 2010.

  9. Seminar Keibubapaan PIBG 2009 akan diadakan pada 4 Julai 2009 (Sabtu, Jam 8.30 pagi). Penceramah jemputan ialah Prof. Madya Datuk Hj Mohamad Ali Hasan.

  10. SK Putrajaya Presint 9 (2) telah terpilih bagi menyertai Perlaksanaan Rintis Interactive Evaluation System (IES) di 150 buah Sekolah Rendah dan Menengah tahun 2008. Di Putrajaya SKPP9(2) dan SMK11(1) akan terlibat dengan perlaksanaan projek rintis tersebut. Inovasi dalam pendekatan P&P menggunakan IES dijanggka akan dapat meningkatkan lagi keberkesanan P&P guru dalam kelas dan membolehkan penglibatan pelajar secara 100% dalam setiap sesi penilaian yang dijalankan dalam sesuatu sesi P&P guru. Data dan maklumat penilaian jawapan setiap murid akan dihasilkan secara automasi menggunakan sistem IES. Guru dapat menggunakan data dan analisis tersebut sebagai suatu indicator pencapaian hasil pembelajaran guru dalam sesuatu topik yang telah disampaikan kepada murid dalam kelasnya. Semoga guru-guru yang terlibat akan dapat memanfaatkan IES secara optimun bagi meningkatkan lagi mutu P&P guru secara lebih berkesan dimasa akan datang.


No comments: