Arahan : Sila baca soalan dan bulatkan jawapan yang betul.
1. Daya tahan kardiovaskular bermaksud............
a) keupayaan berlari dengan pantas dan baik.
b) jantung yang sihat dan cergas.
c) keupayaan jentung mengepam darah dalam setiap minit.
d) keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi dengan baik.
2. Aktiviti yang mampu meningkatkan kecergasan fizikal adalah ........
a) membaca buku di perpustakaan sekolah.
b) melakukan senaman dan latihan sukan bola sepak.
c) melukis poster kempen galakan bersukan.
d) mendengar radio dan menonton telivision.
3. Apakah fungsi jantung anda?
a) melindungi serangan penyakit berjangkit.
b) membolehkan pernafasan melalui hidung.
c) mengepam oksigen ke seluruh badan.
d) mengepam darah keseluruh badan
4. Kamu telah diajarkan beberapa teknik gaya skip. Nyatakan 2 gaya skip yang kamu pernah lakukan?
1.............................................................................................
2.............................................................................................
5. Apakah yang dimaksudkan dengan fleksibiliti?
a) keupayaan menyelaraskan anggota-anggota badan semasa melakukan pergerakan.
b) keupayaan menahan nafas yang lebih lama.
c) keupayaan membina otot-otot badan yang kuat dan sasa.
d) keupayaan meregang otot dan kebebasan sendi untuk bergerak.
6. Apakah yang dimaksudkan dengan koordinasi?
a) kebolehan menyelaraskan daya imbangan badan.
b) kebolehan melakukan gerakan dalam posisi statik.
c) kemampuan anggota-anggota badan semasa melakukan pergerakan.
d) keupayaan mengekalkan kedudukan badan dalam keadaan stabil.
7. Imbangan ialah kebolehan mengekalkan kedudukan badan dakam keadaan stabil.
a) pernyataan di atas adalah betul.
b) pernyataan di atas adalah salah.
8. Nyatakan kepentingan imbangan badan dalam sesuatu permainan.
a) Imbangan badan yang baik dapat mengelakkan kecederaan.
b) Imbangan badan dapat meningkatkan ketangkasan diri.
c) Imbangan badan yang baik dapat menjadikan kita sihat.
9. Pilih manakah aktiviti yang dapat meningkatkan ketangkasan individu.
a) lari ulang-alik sambil menyentuh tiang.
b) meniup belon di atas kerusi.
c) minum setelah penat bersukan.
d) bermain buaian.
10. Pilih murid manakah yang paling kuat berlari acara 1oo meter?
a) Ali telah berlari melalui 7 stesen dalam masa 12 saat.
b) Abu telah berlari melalui 6 stesen dalam masa 13 saat.
c) Samad telah berlari melalui 2 stesen dalam masa 5 saat.
d) Raju telah berlari melalui 7 stesen dalam masa 10 saat.
No comments:
Post a Comment