Perkongsian Pintar Data & Maklumat

Sunday, September 11, 2011

Dadah Musuh Negara

Tugasan 3 (bagi murid PJK Tahun 3)
Tajuk Sajak: Dadah Musuh Nombor 1 Negara
Baca dan hayati pengertian sajak berikut.
(Cadangan: Murid Jalankan Aktiviti Deklamasi Sajak)


Dadah.
Kau datang mengaku kawan.
Konon membantu meringan beban.
Tetapi, wahai teman,
Kau sebenar
nya musuh.
Musuh nombor 1 negara.

Kau buat mereka alpa.
Kau buat anak bangsa rebah.
Kau musuh negara !

Tatkala negara membangun.
Kau meratah belia negara.
Punah, musnah, dan lemah.
Kerana kau dadah durjana.

Ectacy, Heroin , dan Ganja.
Pelbagai nama dan rupa.
Namun aku bersumpah.
Kau akan kumusnahkan.

Teman,
Marilah kita bangkit bersama.
Perangi Dadah Musuh Negara.

Sajak oleh: Sham110377, Sept 2011
Jawab semua solan berikut berdasarkan kefahaman kamu setelah membaca sajak di atas. Bulatkan jawapan anda betul atau salah bagi setiap pernyataan yang diberikan di bawah.
  1. Dadah merupakah teman kita. (betul / salah)
  2. Dadah merupakan musuh nombor satu negara. (betul / salah)
  3. Penagihan dadah merupakan perbuatan yang sia-sia. (betul / salah)
  4. Golongan dewasa banyak terlibat dengan gejala penyalahgunaan dadah. (betul / salah)
  5. Golongan belia paling banyak terlibat dengan penyalahgunaan dadah. (betul / salah)
  6. Rakyat Malaysia perlu memerangi aktiviti penyalahgunaan dadah. (betul / salah)
  7. Pengedaran dadah secara haram akan menerima menerima hukuman gantung sampai mati. (betul / salah)
  8. Sajak di atas mengajak kita membenci dadah musuh nombor 1 negara. (betul / salah)

1 comment:

Anonymous said...

JOM PERANGI DADAH